Sudah 2 tahun berturut-turut beliau tidak melepaskan peluang untuk berada di stadium bagi bersama-sama team kesayangannya yang berjaya melangkah kaki ke pentas final. Dan dua kali juga beliau terpaksa melangkah longlai dengan kekecewaan kerana terpaksa akur dengan nasib kekalahan. Tapi ini jelas tidak mematahkan semangat dan azam beliau untuk menyaksikan team kesayangannya menjulang piala keramat ini.
Walaupun terpaksa menutup perniagaannya pada hari perlawanan, tapi baginya ianya cukup berbaloi, kerana beliau dapat bersama memberi sokongan tak berbelah bagi untuk pasukan yang dicintainya ini sejak kecil lagi. Bercerita tentang gerainya yang terletak di AU5 Keramat ini, ianya sentiasa menjadi kunjungan ramai, rata-rata datang untuk merasakan sendiri keunikan yang ada pada rasa 'air tangan' beliau. Inilah yang menjadikan gerai burger beliau antara salah sebuah gerai burger yang cukup tersohor di lembah kelang dan membolehkan Burger Bobby Simpang 3 mendapat reputasi yang cukup besar, tambahan lagi beliau yang lebih mesra dipanggil 'bob' merupakan insan yang cukup peramah.
Dan untuk kesekian kalinya, sempena dengan edisi Final Piala FA tahun ini, beliau telah mencipta burger khas yang dinamakan 'Burger Pahlawan' atau 'Warriors Burger' yang diinspirakan oleh passionate beliau terhadap The Red Warriors. Dengan patti homemade yang diadun dengan cara tersendiri, pasti burger ini akan memberikan suatu kelainan untuk peminat-peminatnya.
Bagi penyokong-penyokong red warriors yang mengemari burger bolehlah merasai sendiri kehebatan burger ini. Peminat yang datang jauh dari Kelantan juga bolehlah merasa kehebatan burger ini tatkala bertandang ke KL sempena game final ini. Untuk Bobby, selamat maju jaya.. semoga kali ini piala FA milik kita... Gomo Kelate Gomo!!!


0 comments:
Post a Comment