One Piece Going Merry May 2012 | All In One

Tuesday, 15 May 2012

TIPS: PENJAGAAN RAMBUT BAGI YANG BERTUDUNG




Percaya atau tidak, penjagaan rambut bagi wanita bertudung bukan terhad sekadar terhad kepada pemilihan syampu yang sempurna namun fabrik tudung kita juga memainkan peranan penting. Udara yang minima ketika bertudung juga mampu merosakkan rambut kita. Wanita yang bertudung perlu menjaga kesihatan rambut. Jika tidak ada penjagaan rambut akan berbau, kusam, sugul dan tidak bermaya. Walaupun kita bertudung, pastikan rambut kita sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:




1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.


2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya anda begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda semakin sukar rambut anda bernafas.


3. Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukat untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.


4. Jika kita memakai tudung, sebaiknya potong rambut anda pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut anda melebihi 60sm.


5.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.


Selamat Mencuba~~





Sumber: http://www.iedaluvsham.com/2010/04/tips-penjagaan-rambut-bagi-yang.html#ixzz1uw18efOP
Under Creative Commons License: Attribution

Monday, 14 May 2012

Menjelang Final Piala FA : Sedak Sengothi..

alt


Sudah 2 tahun berturut-turut beliau tidak melepaskan peluang untuk berada di stadium bagi bersama-sama team kesayangannya yang berjaya melangkah kaki ke pentas final. Dan dua kali juga beliau terpaksa melangkah longlai dengan kekecewaan kerana terpaksa akur dengan nasib kekalahan. Tapi ini jelas tidak mematahkan semangat dan azam beliau untuk menyaksikan team kesayangannya menjulang piala keramat ini.
Walaupun terpaksa menutup perniagaannya pada hari perlawanan, tapi baginya ianya cukup berbaloi, kerana beliau dapat bersama memberi sokongan tak berbelah bagi untuk pasukan yang dicintainya ini sejak kecil lagi. Bercerita tentang gerainya yang terletak di AU5 Keramat ini, ianya sentiasa menjadi kunjungan ramai, rata-rata datang untuk merasakan sendiri keunikan yang ada pada rasa 'air tangan' beliau. Inilah yang menjadikan gerai burger beliau antara salah sebuah gerai burger yang cukup tersohor di lembah kelang dan membolehkan Burger Bobby Simpang 3 mendapat reputasi yang cukup besar, tambahan lagi beliau yang lebih mesra dipanggil 'bob' merupakan insan yang cukup peramah.
Dan untuk kesekian kalinya, sempena dengan edisi Final Piala FA tahun ini, beliau telah mencipta burger khas yang dinamakan 'Burger Pahlawan' atau 'Warriors Burger' yang diinspirakan oleh passionate beliau terhadap The Red Warriors. Dengan patti homemade yang diadun dengan cara tersendiri, pasti burger ini akan memberikan suatu kelainan untuk peminat-peminatnya.
Bagi penyokong-penyokong red warriors yang mengemari burger bolehlah merasai sendiri kehebatan burger ini. Peminat yang datang jauh dari Kelantan juga bolehlah merasa kehebatan burger ini tatkala bertandang ke KL sempena game final ini. Untuk Bobby, selamat maju jaya.. semoga kali ini piala FA milik kita... Gomo Kelate Gomo!!!


Sayang Menyayangi


Hadith :
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
 
(al-Bukhari)

Huraian
Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

Abu Hurairah perawi Hadis Terkemuka


Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW:” Saya mendengar banyak hadis dari tuan, Ya Rasulullah ! Tetapi saya lupa. “ Rasulullah SAW bersabda:” Hamparkan Rida’ mu. “ Aku melakukan (apa yang diperintahkan nabi SAW) dan kemudian nabi SAW menggerakkan kedua tangannya seakan-akan mengisi sesuatu lalu bersabda :” Ambil dan selendangkan ini (pada tubuh mu)”. Aku lakukan perintahnya dan setelah itu aku tidak pernah lupa lagi.” 
 
(al-Bukhari)

Huraian
Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Beliau adalah sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan dikenali sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi SAW sehingga baginda selalu menyuruhnya mengumpulkan ahli suffah jika ada makanan yang hendak dibahagikan. Hadis beliau yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis dan oleh Muslim 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan oleh beliau juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.

Friday, 11 May 2012

Al-Quran Menyingkap Rahsia Pembinaan Piramid Di Mesir


Sejak lama para ilmuwan bingung bagaimana cara sebuah piramid dibina.Ini kerana teknologi mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zamannya. Apa rahsia di balik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Desember 2006, menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut penyelidikan tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu aslinya.


Para ilmuwan mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam memproses tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi perkara yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang ditinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batu: batu semulajadi dan batu-batu yang dibuat secara manual atau olahan tanah liat.

Dan dalam penyelidikan yang diterbitkan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Ini kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku perapian yang dipanaskan dengan wap air garam dan berhasil membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat.

Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah menurut ukuran yang diinginkan tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan menemui jejak reaksi cepat yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur.

Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu semulajadi dan batu buatan.

 Dengan kaedah pembuatan batu besar melalui cara ini, seorang profesor memerlukan waktu sepuluh hari hingga mirip dengan batu aslinya.

Sebelumnya, seorang ilmuwan Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawaban dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid.

Ia pun berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Penemuan oleh Profesor Prancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan waktu sekitare dua puluh tahun.

Satu kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid)

Sekeping gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran ilmiah mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada pengecoran batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam peradaban yang berbeza baik Rom atau Firaun!

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan!!

Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-quran telah menyingkap hal ini 1400 tahun sebelum mereka mengungkapkannya, perhatikan sebuah ayat dalam dalam Al-Quran ini:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ


“Dan berkata Fir'aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku BANGUNAN YANG TINGGI supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta." (Al-Qashash:38)

Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam peradaban tinggi pada masa itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mengungkapkan rahsia pembinaan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi SAW tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, malah mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi SAW ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satupun di muka bumi ini pada waktu itu yang mengetahui tentang rahsia piramid.

Sebelum ini, para ilmuwan tidak yakin bahAwa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW, berbilang tahun setelah berakhirnya dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan.........TANAH LIAT

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya dikemudian hari!!

Subhanallah! Sungguh suatu perkara yang hanya dapat difahami oleh orang orang yang bukan sekadar berakal, tetapi juga mempergunakan akalnya.

Piala AFC: Kelantan Lawan Terengganu 23 Mei

daudsulaweperak


Piala AFC - Peringkat Kedua : KELANTAN (Juara Kump H) LAWAN TERENGGANU (Naib Juara Kump F)
Meskipun peluang untuk Kelantan menebus kekecewaan di saingan Piala FA sudah gagal, peluang bertemu di peringkat kedua saingan Piala AFC (kalah mati) ini di harap mampu mengekalkan rekod baik Kelantan dalam saingan Piala AFC ini dan mudah melangkah ke peringkat suku akhir. Rekod kemenangan 2-1 Kelantan ke atas Terengganu dalam saingan Liga Super pada 10 Februari 2012 lalu masih lagi memberi keceriaan kepada penyokong Kelantan, namun rekod ini sudah boleh dianggap sudah basi dan Kelantan perlu berhati-hati dalam pertembungan dua gergasi bolasepak pantai timur ini.
90 minit yang akan berlangsung macam-macam boleh berlaku dan pasti ada pasukan yang akan kecewa. Bojan Hodak yang sering menampilkan kelainan dalam taktikal dilihat tidak menghadapi masalah mengatur strategi terbaik perlawanan ini biarpun jadual pasukan yang padat kerana 19 mei final Piala FA dan 26 mei perlawanan Liga Super bertemu Johor FC (perlawanan ini di tunda dari tarikh asal 15 mei).
Biar pasukan mana sekalipun lawan Kelantan, Lawan Tetap Lawan, Pantang The Red Warriors mengaku Kalah Sebelum Bertarung. GOMO KELATE GOMO




Wednesday, 9 May 2012

Piala FA: Kelantan Ungguli Kumpulan H

nwohaayeyawady
.
Kemenangan tipis 1-0 Kelantan ke atas Ayeyawady United cukup bermakna untuk memastikan Kelantan sebagai juara kumpulan H dan melangkah ke peringkat kedua (Kalah mati) sebagai tuan rumah. Perlawanan tadi kurang menyengat jika dibandingkan dengan perlawanan menentang Lion XII, pemain-pemain Kelantan dilihat bermain selamat memandang sudah layak dan untuk mengelak daripada kecederaan. Jaringan tunggal Nwoha berjaya memecah kebuntuan Kelantan mencipta gol.
Muhd Ghaddar memang layak dikritik hebat peminat The Red Warriors pada malam tadi kerana pemain ini sering berseorangan dalam melakukan serangan dan kurang semangat berpasukan ketika bola berada di kakinya. Kelantan perlu memberi lebih banyak peluang kepada Azlan Ismail yang mula mempamerkan aksi menarik setelah berehat panjang.
Kemenangan ini sebagai perasan dan semangat kepada seluruh pendokong dan penyokong The Red Warriors yang pertama kali beraksi di gelanggang AFC menunjukkan kuasa saingan yang luar biasa.
Tidak hairanlah Jurulatih Ayeyawady United Jozef Herel ketika ditemuramah TV1 berasa kagum dengan tahap kualiti perlawanan yang dipamerkan pasukan Kelantan sekaligus beliau mengangkat potensi Liga Malaysia berbanding Liga Myammar yang masih baru. Inilah realiti pentingnya sebuah ranking dan kualiti sesebuah pasukan di mata masyarakat antarabangsa dalam mengangkat taraf liga tempatan dan pemain Malaysia.
Tahniah kepada seluruh penyokong Kelantan. Gomo Kelate Gomo. Jangan Lupa 19 mei 2012, Bukit Jalil menanti anda.
 





Tuesday, 8 May 2012

Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Otak


Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. , kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat meningkatkan kekuatan otak dan sistem saraf kita. Banyak kajian yang menyatakan, pemilihan makanan yang tepat dapat meningkatkan kekuatan otak sehingga 50%. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
· Buah – buahan ( anggur hitam, kurma, buah delima, blue berry )
· Sayur – sayuran ( lobak merah, halia )
· Ulam – ulaman ( pegaga, daun sadri, kemangi )
· Tumbuhan herba ( ginkgo biloba )
· Bijirin dan kekacang ( badam, walnut, kacang soya, kacang a’das, biji labu, kismis, habbatus sauda )
· Roti
· Air ( air mineral, air zam zam, madu, susu, air soya, kopi )
· Minyak ( minyak ikan, minyak zaitun, minyak rosemary, minyak sage )
· Ikan tuna
· Telur ayam
· Daging ayam
· Vitamin B ( Thiamine (B1), Niacin (B3), Pyridoxine (B6), Complex (B12) )
Apa yang penting, makanan tersebut mestilah halal, segar, baik, seimbang, tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan dan tiada pewarna tiruan.

FAKTOR YANG MELEMAHKAN MINDA/DAYA INGAT


Antara penyebabnya ingatan kita menjadi lemah:
· Makan kepala ikan.
· Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
· Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
· Makan makanan ringan dan makanan segera.
· Makan berlebihan , makanan yang terlalu berlemak dan kandungan gula tinggi
· Makan bawang mentah
· Makan makanan atau buah yang masam secara kerap ( jeruk, asam )
· Pengambilan kafein yang terlalu banyak ( kopi, nestcafe )
· Minum antara suapan makan , maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
· Minum minuman bergas dan beralkohol
· Merokok
· Kepala terdedah kepada panas terik cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.
· Tidur pada waktu asar
· Kurang tidur
· Tidur pada tengkuk ( belakang kepala )
· Fikiran runsing, stress dan hati sedih
· Melakukan maksiat dan dosa
· Tekanan darah tinggi

Cara Untuk Menguatkan Daya Ingatan


Adakah anda sering lupa? Kemungkinan kemampuan otak anda untuk mengingat sudah mulai menurun. Sebenarnya, lupa adalah proses permulaan mengingat sesuatu. Perlu anda ketahui, kemampuan daya ingat manusia umumnya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu mengingat, merekam, dan mendapatkan kembali. Tapi, adakah daya ingatan boleh ditingkatkan ? Bagaimana caranya?
1. Sentiasa mengingati Allah
Yang paling penting ialah ingat Allah s.w.t. sentiasa dengan berzikir. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepadaNYA.
2. Mengamalkan puasa
Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.
3. Berdoa
Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar anda diberikan kekuatan daya ingatan, hati yang tenang, dan minda yang cerdas.
4. Membaca dan menghafal Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
5. Relaksasi secara teratur
Salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan ingatan adalah berusaha mengendorkan ketegangan seluruh otot tubuh sebelum mempelajari sesuatu yang baru. Mengikut kajian, relaksasi otot dapat mengurangkan kecemasan yang sering dirasakan seseorang ketika berusaha mempelajari hal baru.
6. Tidur nyenyak
Tidur malam yang nyenyak, sangat baik untuk ingatan anda. Penelitian menunjukkan, orang yang terbangun ketika sedang bermimpi tidak mampu mengolah memori dari hari sebelumnya. Jadi, ia mudah lupa.
7. Istirahat cukup
Istirahat yang cukup amat penting supaya otak berfungsi secara maksimum, otak memerlukankan istirahat untuk mengendapkan dan mengkonsolidasikan ingatan. Istirahat yang diperlukankan otak bervariasi, bergantung pada kerumitan dan kebaruan informasi, serta pengalaman orang yang bersangkutan. Cara yang baik adalah memberi waktu istirahat otak 3 hingga 10 minit setelah otak beraktiviti selama 10 hingga 50 minit.
8. Kembangkan sikap mental positif
Gantilah setiap sikap mental negatif atau kritik terhadap diri sendiri menjadi sikap yang positif, kerana hal itu akan menimbulkan rasa keyakinan diri yang berpengaruh positif terhadap daya ingat.
9. Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan. Fokuskanlah segenap perhatian terhadap hal-hal yang penting di dalam memori anda bila anda sedang beristirahat dan rileks. Kalau anda mencuba mengingat sesuatu pada saat anda sedang lelah, maka besar kemungkinan anda akan kecewa.
10. Libatkan emosi
Peningkatan ingatan tentang suatu kejadian terkait erat dengan peningkatan emosi. Pengalaman yang melibatkan emosi akan lebih mudah diingat daripada pengalaman biasa.
11. Kembangkan ketajaman indera
Cubalah praktikkan ketrampilan pengamatan dan belajar memperhatikan sesuatu dengan menggunakan seluruh indera kita terutamanya penglihatan dan pendengaran. Jika ingin mengingat sesuatu, berhentilah sejenak, perhatikan dan catat apa yang ingin kita lihat dan dengar.
12. Berbicara sendiri
Kita juga boleh berbicara sendiri tentang sesuatu yang kita rencanakan. Misalnya, “Saya harus membeli susu dalam perjalanan pulang nanti.” Juga tentang sesuatu yang telah kita lakukan. Misalnya, “Saya telah mengunci pintu.” Mungkin kedengarannya agak pelik, tapi terbukti sangat efektif. Di sini telinga kita menguatkan ingatan kita. Tapi ingat, mengucapkannya tidak perlu secara kuat supaya tidak menimbulkan pertanyaan di benak orang.
13. Menata fikiran
Membentuk urutan informasi (mengelompokkan informasi) akan membuat sesuatu lebih mudah diingat. Ini juga akan mempermudah otak untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan diketahui.
14. Bayangkan dan kaitkan
Jika anda sulit mengingat nama, cubalah membayangkan. Kaitkan nama orang dengan suatu idea, simbol, orang, benda atau perbuatan, kemudian buat gambaran mental benda itu. Untuk mengingat nama Neil, misalnya, bayangkan orang yang sedang mengail. Pembentukan irama juga dapat memperkuat hubungan. Jika Larry memilki janggut, cubalah mengingatnya sebagai “Hairy Larry.”
15. Peta minda
Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan unuk mendapatkan maklumat daripda ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Ada juga yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan perseimbangan otak kiri dan otak kanan kerana prta minda merangkumi semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria, dan sebagainya dalam usaha keseluruhan.
16. Katakan berulang kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut. Bila kita membaca sesuatu, yang dapat kita ingat hanya sekitar 20%. Dengan mengulangi pembacaan keesokan harinya, lalu minggu berikutnya, sebagian besar informasi yang kita baca akan kita ingat.
17. Mendengar muzik klasik
Menurut Dr. Frances Ranscher dan Dr. Gordon Show, peneliti dari Universiti California, AS, orang yang sering mendengarkan muzik klasik akan mengalami peningkatan kemampuan penalaran. Menurut penulis The Mozart Effect, Don Campbell, mendengarkan muzik klasik juga akan membantu ingatan dan pembelajaran.
Jom kawan-kawan sama-sama kita amalkan petua ini...

Piala AFC: Kelantan Idam Kekal Juara Kumpulan H

ghaddarlari

WELCOME TO AYEYAWADY UNITED @T KOTA BHARU
Menjelang perlawanan menentang Ayeyawady United di Kota Bharu esok, Kelantan yang sudah layak ke peringkat kedua Piala AFC hanya memerlukan seri untuk terus kekal menjadi juara kumpulan H sekaligus akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan peringkat kedua nanti. Kelebihan menjadi tuan rumah sesuatu yang sangat bermakna kepada seluruh pendokong dan penyokong Kelantan dalam saingan antarabangsa ini.
Namun Kelantan jangan memandang mudah Ayeyawady United yang pernah menewaskan Kelantan 3-1 ketika perlawanan pusingan pertama 21 mac lalu, Ayeyawady United perlu menang besar perlawanan ini sekiranya ingin menemani Kelantan yang akan layak ke peringkat kedua melalui peraturan jaringan gol di tempat lawan Piala AFC jika berkongsi mata dengan Navibank Siagon nanti.
Kelantan perlu menebus kekalahan lalu ke atas Ayeyawady United bagi memberi laluan mudah menjuarai kumpulan H. Kudrat Danny Antwi dan Nwoha yang hanya digunakan untuk perlawanan AFC sahaja dilihat mampu membantu kesebelasan pemain Kelantan.
Seluruh penyokong Kelantan di saran hadir memeriahkan perlawanan ini dan menyaksikan perlawanan antarabangsa terakhir kumpulan H ini. GOMO KELATE GOMO.

Friday, 4 May 2012

Perbandingan Kamera iPhone 4S vs Nokia Lumia 900

iPhone 4S vs Nokia Lumia 900

Nokia menggunakan kamera 8 megapixel resolusi dengan optik Carl Zeiss pada Lumia 900. Telefon pintar ini akan dilancarkan di pasaran tetapi kualiti kamera diuji dengan kamera iPhone 4S. Jom kita lihat keputusannya.
Berikut adalah perbandingan kamera iPhone 4S vs Nokia Lumia 900 pada beberapa objek:

Lukisan dinding: Lumia 900 kelihatan lebih kaya dengan warna, manakala iPhone 4S kelihatan lebih cerah.
iPhone 4S painting walls

nokia lumia 900 painting walls


Zoom In: Proses pembesaran imej lebih tertumpu kepada bangunan kubah. iPhone 4S dilihat menghasilkan zoom yang lebih jauh.
iphone 4s zoom in

nokia lumia 900 zoom in

Arca: Kedua-dua imej ini kelihatan cukup baik, tetapi kontras kamera Lumia 900 kelihatan lebih kukuh.
iphone 4s Sculpture

nokia lumia 900 Sculpture

Tumbuh-tumbuhan: iPhone 4S menghasilkan lebih banyak warna ungu manakala Lumia 900, warna hijau yang dihasilkan lebih tajam.
iphone 4s plants

nokia lumia 900 plants

Bay Bridge: Lumia 900 sedikit kekuningan tetapi ia kelihatan lebih fokus pada burung laut.
iphone 4s Bay Bridge

nokia lumia 900 Bay Bridge

Patung: iPhone 4S lebih terperinci pada bulu beruang, tali leher dan tulisan di kotak teh.
iphone 4s Doll

nokia lumia 900 Doll

Macro: Macro mod pada Lumia 900 dilihat lebih pada bunga (angka ini boleh dilihat pada 3000 pixel), manakal iPhone 4S mempunyai auto fokus, ia dilihat macro mod Lumia 900 lebih baik.
iphone 4s Macro

nokia lumia 900 Macro

Bendera: iPhone 4S menghasilkan lebih banyak warna biru dan lebih fokus apabila mengambil gambar objek yang jauh.
iphone 4s Flag

nokia lumia 900 Flag

Kedai Makanan: Gambar iPhone 4S kelihatan lebih hidup dari Lumia 900.
iphone 4s Food stores

nokia lumia 900 Food stores

Tugu Air Pancut: iPhone 4S menangkap air yang menitis lebih jelas tetapi warna Lumia 900 adalah lebih menarik.
iphone 4s Fountain

nokia lumia 900 Fountain

Cahaya Rendah: Dalam mod cahaya rendah memerlukan flash untuk menangkap gambar. Lumia 900 kelihatan red-eye pada subjek manakala flash iPhone 4S kurang baik.
iphone 4s Low-light

nokia lumia 900 Low-light

Di atas adalah keputusan 11 perbandingan kamera antara iPhone 4S dan dan Nokia Lumia 900. Terdapat kelebihan dan kekurangan setiap mod ketika hendak mengambil gambar objek.

Pelancaran iPhone 5 dibocorkan oleh pekerja Foxconn

iPhone 5

Menurut seorang pekerja Foxconn, iPhone 5 akan dilancarkan pada bulan Jun. ia telah disebut dalam satu temubual dengan TV Tokyo "World Business Satellite" pada hari Isnin.

Dalam temubual itu, seorang wartawan bertanya berapa ramai pekerja baru yang dicari oleh Faxconn. "Kami sedang mencari 18 ribu pekerja untuk iPhone generasi 5", katanya semasa menjawab soalan pemberita.

Kemudian wartawan itu menjelaskan, yang dimaksudkan oleh pekerja tersebut adalah iPhone 5. Bukan itu sahaja, pekerja tersebut juga berkata bahawa telefon terbaru Apple akan dikeluarkan pada bulan Jun.

Perkabaran iPhone 5 akan dilancarkan pada bulan Jun bukanlah untuk kali pertama. Sebelum ini, mengikut iPhone 5 News Blog, iPhone 5 akan dilancarkan pada 15 Jun, yang disyaki menjadi hari terakhir Persidangan Pemaju Seluruh Dunia (WWDC).

Jika khabar angin ini benar, maka pelancaran itu akan diadakan dari 11 Jun hingga 15 Jun.

Tweet Terakhir Peminat Sejati The Red Warriors

tweetfickry

AL Fatihah kepada Allahyarham Dato' Fickry bin Hj. Yaacub pengasas dan juga pengerusi Karangkraf yang meninggal dunia pada malam tadi, dimaklumkan beliau sempat menghantar info di Tweeter selepas jaringan S Chanturu. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas di atas segala sumbangan beliau dan Karangkraf dalam membangunkan dan mencipta kegemilangan bolasepak Kelantan. AL FATIHAH.

SUMBER ASAL :

Lion XII Jadi Mangsa Amukan The Red Warriors

norfarhan3 0lion

Kelantan diwakili 98% pemain tempatan kecuali Obinna
Hadiah harijadi paling bermakna buat Bojan Hodak yang dilihat bijak mengatur strategi untuk anak buahnya menang besar di Kota Bharu pada malam tadi. Kemenangan kedua Kelantan ke atas Lion XII ini mencatat sejarah hitam kepada Lion XII yang julung kali menyertai Liga Super pada tahun 2012 ini dan Kelantan menutup saingan pusingan kedua Liga Super ini menentang Lion XII dengan keputusan di luar jangkaan seluruh peminat bolasepak Malaysia dan Singapura.
Amazing Kelantan!
Namun jurulatih Lion XII V. Sundramothy akur kerana Kelantan bermain cemerlang pada malam ini dan berhak menang besar. Bojan Hodak pula tenang dan tidak menyangka menerima hadiah harijadi terlalu besar yang dihadiahkan para pemain.
Gawang Lion XII bagai di langgar todak @ Bojan Hodak?
Ketiga-tiga gol Kelantan layak di letakkan gol terbaik minggu ini. Jaringan S Chanturu, Norfarhan dan Rizal Fahmi persis jaringan terbaik perlawanan antarabangsa.
Kini Kelantan mengejar rapat kedudukan Lion XII di tahta liga dengan perbezaan dua mata  34 mata dan 36 serta 3 perlawanan memisahkan Kelantan dan Singapura. Kekecewaan Norshahrul yang gagal menyempurnakan sepakan penalti berjaya ditebus kembali melalui bantuan hantaran yang baik kepada rakan-rakan.
Jumlah kehadiran penyokong Kelantan mampu memecahkan Stadium Jalan Besar
Kelantan semakin cemerlang dan sudah berada dalam prestasi menyakinkan selaku juara yang bakal merampas tahta liga dan kejuaraan Piala FA nanti. Tahniah kepada seluruh penyokong Kelantan kerana andalah pencetus dan pembakar semangat para pemain. GOMO KELATE GOMO.
**** AL Fatihah kepada Dato' Fickry bin Hj. Yaacub pengasas Karangkraf yang meninggal dunia pada malam tadi, dimaklumkan beliau sempat menghantar info di Tweeter selepas jaringan S Chanturu. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin.

SUMBER ASAL: