One Piece Going Merry | All In One

Monday, 9 April 2012

Tips Amalan Pemakanan Yang Sihat


-Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. 
-Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah". 
-Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring. 
-Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut. 
-Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan. 
-Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. 
-Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi. 
-Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas. 
-Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna. 
-Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum 
benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi 
-Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. 
-Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.. 

Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.

0 comments:

Post a Comment