One Piece Going Merry All In One

Sunday, 8 July 2012

Telah lama aku tidak update blog ini.Hurm, mungkin kerana aku sibuk?alasan semata-mata kot.mulai hari ini, aku akan kembali aktif.tapi ade sesuatu aku nak bagitau kat korang.

puase da dekat ni.mane2 yang belom ganti kena la ganti cepat2 yer.ala, bukan susah pom nak ganti puasa kan.cuma tak makan dan minum dari pagi hingga petang jer.macam puasa time bulan ramadhan jugak.

sebelum aku mengakhiri entri aku ni, aku berharap korang semua "hepi sokmo".ala, cam gni ler...Haha

Tuesday, 15 May 2012

TIPS: PENJAGAAN RAMBUT BAGI YANG BERTUDUNG




Percaya atau tidak, penjagaan rambut bagi wanita bertudung bukan terhad sekadar terhad kepada pemilihan syampu yang sempurna namun fabrik tudung kita juga memainkan peranan penting. Udara yang minima ketika bertudung juga mampu merosakkan rambut kita. Wanita yang bertudung perlu menjaga kesihatan rambut. Jika tidak ada penjagaan rambut akan berbau, kusam, sugul dan tidak bermaya. Walaupun kita bertudung, pastikan rambut kita sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:




1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.


2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya anda begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda semakin sukar rambut anda bernafas.


3. Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukat untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.


4. Jika kita memakai tudung, sebaiknya potong rambut anda pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut anda melebihi 60sm.


5.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.


Selamat Mencuba~~





Sumber: http://www.iedaluvsham.com/2010/04/tips-penjagaan-rambut-bagi-yang.html#ixzz1uw18efOP
Under Creative Commons License: Attribution

Monday, 14 May 2012

Menjelang Final Piala FA : Sedak Sengothi..

alt


Sudah 2 tahun berturut-turut beliau tidak melepaskan peluang untuk berada di stadium bagi bersama-sama team kesayangannya yang berjaya melangkah kaki ke pentas final. Dan dua kali juga beliau terpaksa melangkah longlai dengan kekecewaan kerana terpaksa akur dengan nasib kekalahan. Tapi ini jelas tidak mematahkan semangat dan azam beliau untuk menyaksikan team kesayangannya menjulang piala keramat ini.
Walaupun terpaksa menutup perniagaannya pada hari perlawanan, tapi baginya ianya cukup berbaloi, kerana beliau dapat bersama memberi sokongan tak berbelah bagi untuk pasukan yang dicintainya ini sejak kecil lagi. Bercerita tentang gerainya yang terletak di AU5 Keramat ini, ianya sentiasa menjadi kunjungan ramai, rata-rata datang untuk merasakan sendiri keunikan yang ada pada rasa 'air tangan' beliau. Inilah yang menjadikan gerai burger beliau antara salah sebuah gerai burger yang cukup tersohor di lembah kelang dan membolehkan Burger Bobby Simpang 3 mendapat reputasi yang cukup besar, tambahan lagi beliau yang lebih mesra dipanggil 'bob' merupakan insan yang cukup peramah.
Dan untuk kesekian kalinya, sempena dengan edisi Final Piala FA tahun ini, beliau telah mencipta burger khas yang dinamakan 'Burger Pahlawan' atau 'Warriors Burger' yang diinspirakan oleh passionate beliau terhadap The Red Warriors. Dengan patti homemade yang diadun dengan cara tersendiri, pasti burger ini akan memberikan suatu kelainan untuk peminat-peminatnya.
Bagi penyokong-penyokong red warriors yang mengemari burger bolehlah merasai sendiri kehebatan burger ini. Peminat yang datang jauh dari Kelantan juga bolehlah merasa kehebatan burger ini tatkala bertandang ke KL sempena game final ini. Untuk Bobby, selamat maju jaya.. semoga kali ini piala FA milik kita... Gomo Kelate Gomo!!!


Sayang Menyayangi


Hadith :
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
 
(al-Bukhari)

Huraian
Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

Abu Hurairah perawi Hadis Terkemuka


Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW:” Saya mendengar banyak hadis dari tuan, Ya Rasulullah ! Tetapi saya lupa. “ Rasulullah SAW bersabda:” Hamparkan Rida’ mu. “ Aku melakukan (apa yang diperintahkan nabi SAW) dan kemudian nabi SAW menggerakkan kedua tangannya seakan-akan mengisi sesuatu lalu bersabda :” Ambil dan selendangkan ini (pada tubuh mu)”. Aku lakukan perintahnya dan setelah itu aku tidak pernah lupa lagi.” 
 
(al-Bukhari)

Huraian
Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Beliau adalah sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan dikenali sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi SAW sehingga baginda selalu menyuruhnya mengumpulkan ahli suffah jika ada makanan yang hendak dibahagikan. Hadis beliau yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis dan oleh Muslim 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan oleh beliau juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.

Friday, 11 May 2012

Al-Quran Menyingkap Rahsia Pembinaan Piramid Di Mesir


Sejak lama para ilmuwan bingung bagaimana cara sebuah piramid dibina.Ini kerana teknologi mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zamannya. Apa rahsia di balik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Desember 2006, menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut penyelidikan tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu aslinya.


Para ilmuwan mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam memproses tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi perkara yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang ditinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batu: batu semulajadi dan batu-batu yang dibuat secara manual atau olahan tanah liat.

Dan dalam penyelidikan yang diterbitkan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Ini kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku perapian yang dipanaskan dengan wap air garam dan berhasil membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat.

Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah menurut ukuran yang diinginkan tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan menemui jejak reaksi cepat yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur.

Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu semulajadi dan batu buatan.

 Dengan kaedah pembuatan batu besar melalui cara ini, seorang profesor memerlukan waktu sepuluh hari hingga mirip dengan batu aslinya.

Sebelumnya, seorang ilmuwan Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawaban dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid.

Ia pun berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Penemuan oleh Profesor Prancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan waktu sekitare dua puluh tahun.

Satu kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid)

Sekeping gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran ilmiah mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada pengecoran batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam peradaban yang berbeza baik Rom atau Firaun!

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan!!

Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-quran telah menyingkap hal ini 1400 tahun sebelum mereka mengungkapkannya, perhatikan sebuah ayat dalam dalam Al-Quran ini:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ


“Dan berkata Fir'aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku BANGUNAN YANG TINGGI supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta." (Al-Qashash:38)

Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam peradaban tinggi pada masa itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mengungkapkan rahsia pembinaan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi SAW tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, malah mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi SAW ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satupun di muka bumi ini pada waktu itu yang mengetahui tentang rahsia piramid.

Sebelum ini, para ilmuwan tidak yakin bahAwa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW, berbilang tahun setelah berakhirnya dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan.........TANAH LIAT

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya dikemudian hari!!

Subhanallah! Sungguh suatu perkara yang hanya dapat difahami oleh orang orang yang bukan sekadar berakal, tetapi juga mempergunakan akalnya.

Piala AFC: Kelantan Lawan Terengganu 23 Mei

daudsulaweperak


Piala AFC - Peringkat Kedua : KELANTAN (Juara Kump H) LAWAN TERENGGANU (Naib Juara Kump F)
Meskipun peluang untuk Kelantan menebus kekecewaan di saingan Piala FA sudah gagal, peluang bertemu di peringkat kedua saingan Piala AFC (kalah mati) ini di harap mampu mengekalkan rekod baik Kelantan dalam saingan Piala AFC ini dan mudah melangkah ke peringkat suku akhir. Rekod kemenangan 2-1 Kelantan ke atas Terengganu dalam saingan Liga Super pada 10 Februari 2012 lalu masih lagi memberi keceriaan kepada penyokong Kelantan, namun rekod ini sudah boleh dianggap sudah basi dan Kelantan perlu berhati-hati dalam pertembungan dua gergasi bolasepak pantai timur ini.
90 minit yang akan berlangsung macam-macam boleh berlaku dan pasti ada pasukan yang akan kecewa. Bojan Hodak yang sering menampilkan kelainan dalam taktikal dilihat tidak menghadapi masalah mengatur strategi terbaik perlawanan ini biarpun jadual pasukan yang padat kerana 19 mei final Piala FA dan 26 mei perlawanan Liga Super bertemu Johor FC (perlawanan ini di tunda dari tarikh asal 15 mei).
Biar pasukan mana sekalipun lawan Kelantan, Lawan Tetap Lawan, Pantang The Red Warriors mengaku Kalah Sebelum Bertarung. GOMO KELATE GOMO